PAKA02 Homestay
Penginapan TERES mewah 3 bilik tidur dengan kemudahan terbaik di Paka, Terengganu. Sesuai untuk 6-12 orang. Lengkap dengan WiFi, ASTRO NJOI dan peralatan moden.
Galeri Homestay
Ciri-Ciri Homestay
Jenis Rumah
RUMAH TERES (Terraced House)
Bilik Tidur
3 bilik tidur dengan pelbagai jenis katil
Bilik Air
2 bilik air lengkap
Tempat Letak Kereta
2 kereta (parkir bertutup)
Kemudahan Istimewa
PAKA02 Homestay dilengkapi dengan kemudahan terbaik untuk keselesaan maksimum:
Kemudahan Tersedia
Maklumat Bilik Tidur
Bilik Utama (Master Room)
1 katil Queen + 1 katil Single
Dilengkapi AC dan almari
Bilik 2
2 katil Double Decker (2 tingkat)
Sesuai untuk kanak-kanak/remaja
Bilik 3
1 katil Queen + 1 katil Single
Ruang tambahan untuk keluarga
Peraturan GanuStay Homestay PAKA02
- 1. Tiada Alkohol
Kami mengekalkan suasana mesra keluarga. Oleh itu, pengambilan alkohol tidak dibenarkan di premis ini sama sekali. - 2. Tiada Haiwan Peliharaan
Demi keselesaan dan keselamatan semua tetamu, haiwan peliharaan tidak dibenarkan di homestay ini. - 3. Masa Daftar Masuk & Daftar Keluar
• Check-In: 3:00 petang
• Check-Out: 12:00 tengah hari
Sekiranya anda memerlukan masa daftar keluar yang lewat, sila maklumkan kepada kami terlebih dahulu, dan kami akan cuba memenuhi permintaan tersebut. - 4. Waktu Senyap
10:00 malam hingga 7:00 pagi adalah waktu senyap. Sila hormati keselesaan tetamu lain serta jiran-jiran sekitar. - 5. Tidak MEROKOK di Dalam Rumah
Merokok hanya dibenarkan di kawasan luar yang disediakan. Sila pastikan puntung rokok dibuang dengan bertanggungjawab. - 6. Jaga Kebersihan
Sila pastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas:- Buang sisa sampah ke dalam tong yang disediakan.
- Jika sampah terlebih dari bakul yang disediakan, harap dapat buang sampah di tong sampah di luar pagar homestay.
- Basuh pinggan mangkuk selepas digunakan.
- 7. Kapasiti Maksimum
Kapasiti maksimum homestay ialah 12 tetamu. Sebarang tetamu tambahan tidak dibenarkan tanpa kebenaran awal. - 8. Kerosakan dan Kehilangan
Sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan barang secara tidak sengaja, sila laporkan kepada kami dengan segera. Caj tambahan mungkin dikenakan untuk kerosakan yang ketara. - STRICT: JIKA TIDAK MEMATUHI ARAHAN DI ATAS, DEPOSIT AKAN SECARA AUTOMATIC BURN
Arahan Daftar Keluar:
- 1. Mengunci Rumah:
Sebelum anda meninggalkan rumah, sila pastikan semua tingkap ditutup dan pintu utama dikunci. - 2. Memulangkan Kunci:
Letakkan semula kunci di dalam box kunci, pastikan password seperti sebelum check in 0000. JANGAN TINGGALKAN KUNCI TANPA TUTUP BOX KEY - 3. Pemeriksaan Akhir:
Pastikan anda telah mengemas semua barang peribadi anda dan tinggalkan homestay dalam keadaan kemas. - TIDAK DIBENARKAN UBAH PERABOT DAN KATIL!!
Caj akan dikenakan kerana tidak mengikut peraturan homestay.
Lokasi & Kawasan Sekitar
Homestay ini terletak di kawasan Paka, Terengganu yang berhampiran dengan kawasan perindustrian Paka dan Kertih.
Lokasi Homestay
Homestay ini terletak di Paka, Terengganu. Lokasi yang strategik dan mudah diakses.
Lokasi PAKA02 Homestay
Paka, Terengganu
Koordinat akan diberikan selepas tempahan disahkan
Catatan: Lokasi tepat akan diberikan selepas tempahan disahkan untuk privasi dan keselamatan.
Tempah PAKA02 Homestay Sekarang
Hubungi kami sekarang untuk pertanyaan ketersediaan, harga, atau sebarang maklumat lanjut mengenai homestay ini. Kami sedia membantu 7 hari seminggu.
